Ceritera Kenduri-Kendara

8:56 PG 2 Komen

Alkisah tersebut satu ceritera, berlaku tika mentari tegak di kepala, tarikh 16.10.2010 bermula segala, Kitab sejarah akan dibuka, Keberangkatan bersama tiga dara, Molek langkah santun bicara, Lalu menjejak kaki dan gemala, Di Masjid Besi mencemar mulia.

Si manis cantik berjubah seluar, Warna biru bersilang jiwa, Bukan kepalang hati gembira, Keluar melangkah menjengah dunia, Sekian lama memendam rasa, Ingin bersama dengan semua, Akhirnya puteri bebas merdeka.

Si manis bertudung kuning diraja, Rona tanah tampak jelita, Puas dipujuk dirayu segala, Akhirnya tewas angkara bicara, Mengikut teman walau kemana, Asalkan senyuman kekal di muka, Hati murni sungguh mulia.

Si manis berbaju jingga, Bertanah putih suci dan sejahtera, Tudung sedondon pengikat mata, Seri naik hingga terfana, Pengantin di kiri dan kanan jua.

Bacaan Yassin mula berkumandang, Ramai jua datang bertandang, Meraikan Azhar yang bakal terbang, Ke Tanah Suci tuntutan agama, Hati sedih berbaur gembira, Entah bila masa kan tiba, Ingin jua hendak ke sana.

Bila Tilawah bermula, Hadirin kusyuk membaca, Taranum wirid lunak berbicara, Menggetar hati yang kian alpa.

Bila A'aa mula berkata, Titisan mutiara bergenang di mata, Sebak mendengar bingkisan tinta, Puas sudah ditahan agar eyeliner tiada tercela, hahahaha si manis jingga juga serupa, Ingatkan hanya diriku sahaja, Yang sebak menahan memendam rasa.

Sesudah Tilawah kita berjamu, Bertemu kesidangan sudahlah tentu, Bertukar cerita dan hala tuju, Bergosip pasti jika tiada matilah kutu, Suri cantik mata tertumpu, Alahai pandai sudah baby itu, Sudah lama tidak ketemu, Tia Dayah dan Fad Roy itu.

Eny bergambar dengan A'aa, Kembali cerah segala cerita, Klik klik kamera inilah hasilnya, Gambar untuk tatapan semua.

Bingkisan cerita sudah berakhir, Dibaca dikomen tidak mengapa, Ini hanya nukilan sahaja, Ingin disimpan kekallah ia, Tidak hilang selamanya.

Berangkat pulang tiga pingitan, WRC setia menjadi rebutan, Warta Bangi destinasi perjalanan, Misi masih akan diteruskan, Hahaha shopping time dan melaram, Habis saving yang aku peram, Sekian sahaja hasil nukilan, Bye bye dan selamat jalan.

(Dayah dan Fad Roy baru sampai..muka penat kepanasan)

(Fad Roy dengan Dayah lagi..semangat men'snap' sudah datang)


(Fad Roy dengan Eny pulak.. klik klik..ermm cute la korang nie)

(Dayah dengan Eny pulak.. Model iklan gigi..Royalti??)

(Lagi Dayah dengan Eny.. Setelah lama berpisah akhirnya berjumpa lagi.. Haha gambar kasih sayang sangat)



(Huhu..Saper sangka Dayah dengan A'aa sedondon biru pulak..hehehe..Ok makcik a.k.a mak A'aa, saper antara kami bertiga yang paling cute, manis, ayu, comel, sopan a.k.a gadis melayu terakhir??)

Salam sayang,

SunofGuidance





Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

2 ulasan:

F.a.d. R.o.y berkata...

dayah... anda nampak comel dan baju anda nampak cantik..

Eny Yusof berkata...

Eh baru perasan entry ini. Aku manis? Thanks! Kau pun sama.