TIPS BUAT BUKU PINK UNTUK PREGNANCY

Assalamualaikum dan selamat pagi,

 Yeyeye peknen.

TAHNIAH..

Mesti sukakan kalo check guna test kit dan dua jalur pink keluar dengan jayanya. Tapi next step apa yang patut dilakukan oleh mommy sekalian especially first time mommy. Rini SOG akan ceritakan step-by-step untuk mommy semua yang preggy di PUTRAJAYA dan nak buat check up di klinik Kerajaan. SOG dah 2 kali peknen. Satu check up gi Klinik Kesihatan Presint 9 dan yang second buat check up di Klinik Kesihatan (KK) Presint 18. Tips yang SOG bagi ni kalo nak buat di Presint 18 yer.

Alkisah bermula seperti ini.

  1. Bila mommy dah test sendiri dan disahkan positif dengan kemunculan dua jalur pink. Mommy pergi ler celebrate dulu. Suka suki dengan husben ker dengan kengkawan ker.. dah reda hormon kegumbiraan tu ..dah tenang..esok ke lusa ker..bila-bila free gi sahkan kehamilan dengan doktor di klinik kesihatan. Bila-bila tu idokler bermaksud sampai berminggu-minggu baru nak gi sahkan kehamilan yer. Apa maksud SOG dengan sahkan kehamilan? Prosedur klinik gomen yer. setiap pregnancy kena disahkan oleh pegawai perubatan. Lagi senang kalo doktor kat klinik yang kita nak buat check up nanti. senang. Nurse pun tak banyak soal bila nak buat buku pink. Mommy pergi KK Presint 18 dan buat pendaftaran dulu yer. Amek nombor semua. Tanya jer kat orang yang jaga kaunter kata saya nak buat pengesahan mengandung sahaja. Tak buat buku pink lagi. pastu follow through jelah. jumpa doktor semua. Doktor akan scan tau masa buat pengesahan kehamilan. Gambar scan ni kena simpan sebab masa buat buku pink kena stapler kan sekali. 
  2. Next, mommy dah boleh buka buku pink. Bila masa yang seswai nak buka buku pink nie? Buku pink ni buka masa kandungan dah berusia 10 -12 minggu. Camner nak tau usia kandungan dah berapa minggu? Jangan risau. Masa buat pengesahan kehamilan (step 1), doktor ada bgtau usia kandungan mommy. Tak pun mommy rujuk jer balik gambar scan tempoh hari. Macam mana nk buat buku pink nie. Mommy jangan main terjah jer yer. Prosedur di KK P18 ni, mommy kena buat appointment dulu kalo nak buka buku. Antara tempoh pengesahan hingga ke minggu ke-9 pregnant tu kalo free gi ler singgah KK P18 klinik ibu dan anak untuk buat temujanji. Kalo susah call jer KK kata nak book tarikh buat buku pink. Bila dah dapat tarikh booking, baru ler mommy datang terjah KK yer. Macam biasa sila ler buat pendaftaran dulu. Kalo mommy pernah peknen sebelum ni, lagi mudah kalo bawa buku pink yang terdahulu. Nurse copy paste jer info dari buku lama ke buku baru. Kalo tak bawa lama yer proses nak complete kan info buku pink tu. Nak kena amik darah la. Amek ketinggian la. Macam SOG ritu, bawa buku pink masa mengandung anak 1st. Tak der ler lama kat KK.
Itu jer step nyer. Dah boleh dapat buku pink. Masa nie nanti doktor akan kasi pil vitamin especially asid folic. Makan jangan tak makan. PENTING. Kalo nak yang natural boleh ler try set hamil shaklee


Sekian sahaja.
SOG.

Kenyang sepanjang masa...

Salam raya di hari Selasa..

Hohoho.. Korang tau tak kalo korang kenyang lama..korang kurang makan..maka hasilnya korang kurus..So camner nak kasi kenyangh lamaaaaaaaaaa...

Senang jer..korang makanlah oat yang tinggi fiber tu.. nampak tak.. hrelate.com kata oat bagus utk kurus..untuk control gula..rendahkan kolestrol..bla..bla..bla..

Kalo korang jenis xleh nak telan oat korang ambil mealshake pun boleh..korang kekal bertenaga dan kenyang sepanjang hari (tak der kenyang tapi rasa ok jer..takderlah rasa kebulur nak makan kan..)


Sekian.

Betulkah nenas punca keguguran?

Salam semua,

Dah lama SOG tak berblogging.. RIndu pulak nak menaip merapu meraban nie... Hari ni SOG tringin nak makan nenas.. G la beli nun kat COld Storage.. Bila terpandang nenas nie. teringat kan satu mitos pasal nenas penyebab keguguran. Nak percaya pun susah.. Tak percaya pun susah. Dr Zubaidi kata kalo makan banyak baru boleh keguguran sebab enzim bromelain yng boleh melembutkan serviks berfungsi.

Jadi ikut selera dan keberanian masing-masing untuk makan nenas tu. Ada orang ok jer makan nenas. ada orang memang tak leh. Pokok pangkal rezeki masing-masing.

ape-ape pun ni ada SOG carikan pasal benefit buah nenas nie.


pesan imam besar

sesungguhnya kita hendaklah saling ingat mengingati

Ramadhan dah nak kembali

resepi kerabu kaki ayam

salam semua.
ni kerabu kaki ayam yg sog buat tadi..nampak sedap tak


 Tak susah pun nak buat die. Macam yang SOG buat nie, untuk 2 org makan cukup kot..

Bahan
1. 10 ketul kaki ayam direbus dengan 3 biji bawangb putih dan secorong halia
2. Sekuntum bunga kantan
3. Bawang besar (holland) 1 biji
4. Kacang panjang 3 urat
5. Tomato sebiji
6. Limau kasturi 2 atau 3 biji ikut siz
7. cili padi 3 biji
8. cili merah  1/2 biji
9. sesudu sos ikan
10. garam n gula secukupnya.


Cara-cara membuatnya.
1. rebus kaki ayam sehingga empuk
2. buang tulang kaki yang panjang tu (bukan tulang jari jemari tau0
3. bubuh dalam satu bekas
4. potong/ racik halus bunga kantan, kacang panjang, bawang, tomato, cili padi and cili merah
5. Gaul kan semua bahan yang dipotong dengan kaki ayam yang dah direbus.
6. pastu masukkan sos ikan, garam, gula, limau kasturi (limau ni nak air die yer)
7. gaul hingga serasi dan test taste die.. kalo kurang garam..tambah ler garam


Senang tak membuatnyer..senangkan..






















Madu dan lebah