Memaparkan catatan dengan label set kesuburan. Papar semua catatan

EBook Percuma Mengenai Kesuburan

Assalamualaikum,

Recently SOG ada post banyak entry berkaitan kesuburan seperti set kesuburan, fakta mengenai kesuburan dan tips tingkatkan kesuburan.. Ramai gak yang baca pasal entry SOG pasal kesuburan.. kalo korang nak tau SOG suka baca blog dr natasha nor. die nie doktor kesuburan..

Just nak share dengan readers kat luar, dr natasha nor ada berikan ebook percuma tingkatkan kesuburan anda dengan 7 langkah berkesan. SOG sharekan link die kat sini yer.. sesaper nak ebook dr natasha, klik kat word ebook nie.. 

Harap perkongsian SOG nie memberi manfaat untuk sesiapa yang mencuba mendapatkan anak. Ni jelah yang SOG boleh bantu.

Opps..SOG tak kenal saper dr natasha ni yer..SOG iklankan web die secara sukarela sbb terjumpa dan terbaca..niat nak share..so SOG takleh nak share testimoni pasal rawatan dr natasha or siapa dr natasha nie.. Dr natasha nie pun tak kenal SOG... ni iklan tak berbayar tau..

TIPS tingkatkan kesuburan.. Nasihat dari yang pakar..

“Doktor macam mana caranya untuk cepat dapat anak? Mak mertua saya dah bising tanya bila dia boleh menimang cucu. Stress betul la…” “Dah berapa lama puan kahwin?” “Sudah tiga bulan doktor..”

opps..Sabar Dik Non. 3 bulan baru lagi.. masih phase honeymooning lagi..jangan risau.. orang kata masih fasa try and error lagi tu. Usually kalo jumpa doktor pun doktor suh balik jer..Kalo dah setahun kahwin baru doktor check.


Rini SOG nak cerita sikit pasal tahap kesuburan seseorang yang bergelar wanita nie. Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan bagi Dik Non yang sudah tidak sabar lagi untuk mendapat anak. Antaranya, SOG listkan disini (ahkak SOG dapat dari blog ni. Blog doktor fertiliti..pakar la kan) adalah:

1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Pendek kata kena berat badan ideal la. Cuba kira BMI (body mass index) anda.
BMI =  Berat badan (dalam unit kg)
Tinggi (dlm unit meter)2

Pastikan BMI berada dalam linkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda. Kira BMI anda sekarang.
(Kalo Dik Non nak suplemen kasi terus, ahkak SOG minta Dik Non g sini)
 
2. Amalkan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seeloknya berhenti terus daripada merokok.. Selain lebih sihat dapat berjimat..SOG sarankan duit beli rokok simpan masuk tabung.
3. Melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini kira buat exercise jugaklah ni. BUkan SOG kata yer. Blog doktor ni yang kata. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan.. Tidak ada bukti scientifik yang menunjukkan posisi seks tertentu yang akan meningkatkan kadar kehamilan. 

4. Perhatikan diet anda. Anda perlu memastikan memakan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan yang berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning ,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi protein dan calcium. Ok. SOG pun take note pasal dietary requirement nie.
5. Pastikan anda memakan vitamin folic acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi.
6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Ketahui waktu subur anda. Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu, doktor selalu menasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke tiga kali seminggu sahaja.
7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi. Cadangan doktor ialah untuk tukar kepada minum air teh, terutamanya green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan kesuburan anda.
8. Sentiasalah ‘keep a bul positive mind’ dan cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel dan soleh.
9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?
  • Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
  • Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
  • Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
  • Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.

Sekian sahaja coletah minda SOG rini. 


Akukah yang bersalah? Punca sukar mengandung

Assalamualaikum

Rini SOG nak bercerita pasal anugerah Allah yang satu ni iaitu ANAK. Hampir kesemua pasangan yang mendirikan rumahtangga berhajat untuk menimang cahayamata. But, tidak kesemua dikurniakan rezeki tersebut dalam masa yang singkat. ada yang 10 tahun baru dapat merasa nikmat Allah yang satu ni.

Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" - Surah At-Talaq. Ayat 2-3
Ape yang penting USAHA dulu...SOG pun tgh usaha gak..nak tambah lagi anak-anak syurga nie..  Ada pelbagai usaha yang boleh diambil untuk menimang cahayamata. Jangan stress memikirkan perkara nie. Chillax k.. Kalo kes-kes yang tidak melibatkan perlu pembedahan, kita usahakan cara lain macam
  • Pergi mengurut - ada yang kata lepas mengurut boleh conceive dah. Alhamdulillah.
  • Kalau dah pergi banyak tempat, ramai tukang urut tapi tak berjaya, usahakan jumpa doktor. Ada yang tak boleh conceive sebab rupa-rupanya ada fibroid. Ada PCOS or ada endometriosis. Apa kebenda la pulak istilah2x nie. Teruskan membaca..nanti SOG terangkan.
  • Kalo jumpa doktor kata ada problem, tak leh conceive normally. Then cuba IVF. (IVF should be the last option).
Ada beberapa masalah kesihatan di kalangan kaum wanita yang boleh menjadi punca wanita itu susah hamil. Antara faktor-faktor penyebabnya ialah masalah ovulasi, saluran peranakan dan rahim. Ermmm..OK. DONT BLAME YOURSELF.. NOT YOUR FAULT K. Next info please.. Kalo mengikut kata Dr Natasha Nor antara faktor-faktor utama punca ketidaksuburan di kalangan wanita adalah seperti berikut:
  1. PID (Pelvic Inflammatory Disease): Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). PID mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan rosak. Ia juga boleh mengakibatkan risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi. OMG takutnya SOG..
  2. PCOS (Polycystic Ovarian Disease): Ini juga adalah masalah yang kerap di kalangan wanita moden di mana terdapat masalah hormon yang tidak seimbang di dalam badan di mana kilang telur pesakit mengidapi PCOS ini mengeluarkan hormon lelaki i.e testosterone yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, darah haid yang berlebihan, obesiti, jerawat dan kesukaran untuk hamil..erk..double takut..benda-denda dalam macam nie, kiter takleh nak tau until we get married.
  3. Endometriosis: Pesakit yang mengalami endometriosis ini terjadi apabila lapisan dalam dinding rahim (‘uterine lining’) berada di luar rahim. Tiap-tiap bulan, cebisan-cebisan lapisan dinding rahim yang berada di luar rahim ini akan dirangsangkan oleh hormon di dalam badan di mana ianya akan menebal dan berdarah. Akan tetapi, lapisan dinding rahim tersebut tidak dapat mengalir keluar dari badan seperti mana dinding rahim yang normal. Oleh itu, ianya akan berkumpul dan akhirnya menjadi parut di dalam badan yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur. (Apsal yg nie lagi scary nak baca)
  4. Abnormaliti pada rahim seperti septa atau fibroid.

Kalo dah jumpa doktor baru dapat kenal pasti masalahnya. Kalo dah check details tapi doktor kata memang tiada masalah untuk mengandung. itu mungkin bukan rezeki lagi. Ketentuan dari yang Esa. Redha.. apa yang patut kita buat adalah kita usahakan dengan memastikan badan sihat dan bersedia untuk conceive. Selain tu, tingkatkan tahap kesuburan kita dan pasangan.

Dari sudut sains, kajian d
ari Harvard Medical School menunjukkan bahawa pengambilan supplement dan multi minerals membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.


Apa supplement yang diperlukan? Meh SOG terangkan dengan lebih lanjut..



Untuk wanita disarankan mengambil:
  • Vita Lea
  • BComplex
  • Vita C
  • Alfafa
  • GLA Complex

Untuk lelaki disarankan mengambil:
  • Vita Lea
  • BComplex
  • Vita C
  • Zinc Complex

Saranan suplemen nie bukan dari kajian tu tau.. Kot nanti salah faham lak. Mau kena marah si SOG nie. bagi info yang tidak tepat.

 

Macam mana supplement ni membantu untuk tingkatkan kesuburan?
 
Vita Lea ni multivitamin.Macam2 mineral ade. So die bekalkan nutrien yang kita perlukan yang mungkin kita tak dapat dengan pemakanan harian.So mane2 nutrien yg lompong (kosong) tu dia akan penuhi. jadi tubuh badan kita akan lebih sihat dan cergas.
 

Vitamin B Complex penting untuk mereka yang merancang untuk hamil sebab kaya dengan asid folik yang diperlukan. kalau dh pregnant nanti pun kene ambil di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
 

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel. Jadi kalau ade sel-sel rosak, dapat kita baiki dan tingkatkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan kita
 

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan seperti rahim dan alat sulit. pastuh alfafa bantu menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah. Opps bacaan org dewasa kejap.

GLA Complex pula berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur. membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Sebab tu penting utk wanita ambik. Lebih baik dari Primrose Oil.

Zink pula memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.


Kalau nak ambil untuk satu pasangan, vita lea, bcomplex dan vita C boleh share husben and wife. Then just add up Alfafa, GLA dan Zinc sahaja. Ni set premium tau. Set bajet pun ada gak. 



Apa-apa pun SOG ucapkan selamat mencuba dan semoga dikurniakan rezeki buat anda semua.

Selamat mencuba!

Berminat? Contact me okay.. melalui emel..whatapss atau apa cara sekalipun dan saya will immediately process your order. . Pos dikenakan caj sebanyak RM10.
SID 924682
Fb: norhidayah johari
Fanpage: sunofguidance.blogspot.com
Email: raudhah.aurikel@gmail.com
Phone: 012-2974491
Kawasan COD: Putrajaya