Isnin, 29 November 2010

warna...

Putih masih perlu dikekalkan,
Perlu dibawa walau kemana,
Warna menyingkap kenangan lampau,
Tatkala baru mengenal usia.

Biru warna nyaman,
Walau usia makin lanjut,
Biru peneman pengubat duka,
Jika tekanan menggila,
Biru tetap biru,
Lalu hati tenang.

Merah yang berani,
Lidah berkata tubuh bekerja
Darah pun merah menyinga
Warna penggerak motivasi diri
Tanpa merah kerja pun tidak berseri

Ungu itu bijak
Perlu bila memerah minda
datang pasti disukai
waktu belajar paling dinanti

Warna masih banyak
Warna apakah untuk aku
Putih, Biru, merah atau ungu
Buku kehidupanku telah separuh abad
Pelbagai warna pelbagai corak
Semua tetap menarik
Kekal mencorak hati
Menjadi jata diri

Fungsi warna kehidupan
takkan luntur
takkan hilang
warna kekal warna
mencorak dunia



Selamat hari jadi!!

Hasil nukilan sendiri,
Hidayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan