Program IVFKu

10:36 PG 0 Komen

Assalamualikum,
 

Harini SOG dedicate kan post untuk mereka yang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. SOG suka baca blog dr natasha nor.. Surf punyas urf rupa-rupanya dorang ada buat program IVF pada harga yang murah..tak sure la dorg buat as CSR ker kan..
 

Setahu SOG, kos perbelanjaan untuk buat rawatan IVF sangat mahal ..so ramai pasangan tidak mampu dan terpaksa menangguhkan rawatan tersebut terus delete this option.. Kajian telah membuktikan yang umur wanita adalah faktor utama yang akan menentukan kadar kejayaan IVF. Sukses IVF akan menurun dengan mendadak selepas wanita berumur 35 tahun.
Ape kriteria nak join program ni?

IVFku adalah regimen khas IVF mudah yang hanya menggunakan ubat rangsangan yang sedikit. Oleh itu, ianya mungkin adalah sesuai hanya untuk pesakit yang mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

  1. Umur kurang dari 32 tahun
  2. Berat badan yang tidak berlebihan
  3. Mempunyai bilangan antral folikel atau 'ovarian reserve' yang bersesuaian
Sekiranya readers tidak pasti samada memenuhi kriteria tersebut, bolehlah membuat temujanji dengan segera agar dorang nie agar dapat membuat pemeriksaan selanjutnya.


Berapa kos die?


Program IVFku ingin mengubah stigma yang kata ivf ni mahal bebnor dengan menawarkan rawatan IVF pada kos yang berpatutan dengan kadar kejayaan yang memuaskan. Dorang ni memberikan inovasi teknologi yang terbaik pada harga yang lebih rendah. Ini menjadikan IVFku pilihan terbaik bagi pasangan yang mempunyai masalah kesuburan dan ingin mula membina keluarga mereka. Kos untuk IVF di bawah program IVFku adalah RM9,900. 

Camner nak tahu maklumat lain?
Call dorang atau surf link nie.

BTW disclaimer sikit. SOG tak kenal dorang tak dapat ape-ape bayaran utk promote dorang. Apa yang SOG tulis SOG dapat info dari blog dr natasha nor dgn website ivfku. Kalo ada yang nak try, silakan..Anything happen dipohon tak salahkan SOG yer. SOG cuma nak share info jer.


Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: