Memaparkan catatan dengan label putrajaya. Papar semua catatan

TIPS BUAT BUKU PINK UNTUK PREGNANCY

Assalamualaikum dan selamat pagi,

 Yeyeye peknen.

TAHNIAH..

Mesti sukakan kalo check guna test kit dan dua jalur pink keluar dengan jayanya. Tapi next step apa yang patut dilakukan oleh mommy sekalian especially first time mommy. Rini SOG akan ceritakan step-by-step untuk mommy semua yang preggy di PUTRAJAYA dan nak buat check up di klinik Kerajaan. SOG dah 2 kali peknen. Satu check up gi Klinik Kesihatan Presint 9 dan yang second buat check up di Klinik Kesihatan (KK) Presint 18. Tips yang SOG bagi ni kalo nak buat di Presint 18 yer.

Alkisah bermula seperti ini.

  1. Bila mommy dah test sendiri dan disahkan positif dengan kemunculan dua jalur pink. Mommy pergi ler celebrate dulu. Suka suki dengan husben ker dengan kengkawan ker.. dah reda hormon kegumbiraan tu ..dah tenang..esok ke lusa ker..bila-bila free gi sahkan kehamilan dengan doktor di klinik kesihatan. Bila-bila tu idokler bermaksud sampai berminggu-minggu baru nak gi sahkan kehamilan yer. Apa maksud SOG dengan sahkan kehamilan? Prosedur klinik gomen yer. setiap pregnancy kena disahkan oleh pegawai perubatan. Lagi senang kalo doktor kat klinik yang kita nak buat check up nanti. senang. Nurse pun tak banyak soal bila nak buat buku pink. Mommy pergi KK Presint 18 dan buat pendaftaran dulu yer. Amek nombor semua. Tanya jer kat orang yang jaga kaunter kata saya nak buat pengesahan mengandung sahaja. Tak buat buku pink lagi. pastu follow through jelah. jumpa doktor semua. Doktor akan scan tau masa buat pengesahan kehamilan. Gambar scan ni kena simpan sebab masa buat buku pink kena stapler kan sekali. 
  2. Next, mommy dah boleh buka buku pink. Bila masa yang seswai nak buka buku pink nie? Buku pink ni buka masa kandungan dah berusia 10 -12 minggu. Camner nak tau usia kandungan dah berapa minggu? Jangan risau. Masa buat pengesahan kehamilan (step 1), doktor ada bgtau usia kandungan mommy. Tak pun mommy rujuk jer balik gambar scan tempoh hari. Macam mana nk buat buku pink nie. Mommy jangan main terjah jer yer. Prosedur di KK P18 ni, mommy kena buat appointment dulu kalo nak buka buku. Antara tempoh pengesahan hingga ke minggu ke-9 pregnant tu kalo free gi ler singgah KK P18 klinik ibu dan anak untuk buat temujanji. Kalo susah call jer KK kata nak book tarikh buat buku pink. Bila dah dapat tarikh booking, baru ler mommy datang terjah KK yer. Macam biasa sila ler buat pendaftaran dulu. Kalo mommy pernah peknen sebelum ni, lagi mudah kalo bawa buku pink yang terdahulu. Nurse copy paste jer info dari buku lama ke buku baru. Kalo tak bawa lama yer proses nak complete kan info buku pink tu. Nak kena amik darah la. Amek ketinggian la. Macam SOG ritu, bawa buku pink masa mengandung anak 1st. Tak der ler lama kat KK.
Itu jer step nyer. Dah boleh dapat buku pink. Masa nie nanti doktor akan kasi pil vitamin especially asid folic. Makan jangan tak makan. PENTING. Kalo nak yang natural boleh ler try set hamil shaklee


Sekian sahaja.
SOG.

Tips hilangkan dark spot

Salam semua,

Rini while tgh blog surfing, SOG jumpa benda nie kat sini

SOG tak tau la vitamin C boleh buat benda gini...hebat betul.. Kalo sape nak kulit cantik mulus gitew..g tepek vitamin c banyak2x kat muka...


https://herewiz.files.wordpress.com/2013/01/vitamin_c_infographic.jpg

Terbaik..Tempat rekreasi sekitar Putrajaya part 2


Assalamualaikum,

Kekadang SOG rasa buhsan duduk at rumah. So apa lagi..bawa family pergi bersantai di PUTRAJAYA sahaja..Malas nak drive jejauh. lagipun putrajaya nie banyak tempat menarik tau. Cuma ramai orang yang tak tahu. Ritu SOG dah ceritakan tempat best nak bawa anak mandi-manda.

Kali ni SOG nak membebel tentang tempat riadah or bersantai lak.

1. Dataran masjid al-mizan
Ok dataran nie memang selalu dikunjungi oleh orang ramai. Kalo hari jummat to ahad..siap perbadanan putrajaya letak 2 biji kereta kuda lagi. boleh la bayo and ride kereta kuda. Bebudak memang excited la. kalo tak mo naik kereta kuda..parent boleh la bawa  mainan anak anda sendiri untuk main kat kawasan dataran. usually ada orang jual2x..tapi selalu sgt enforcement officer ada..so kadang-kadang ada kadang-kadang tak der. Kat situ gak korang boleh la kalo nak naik cruise mengelilingi tasik or choose utk naik bot kecil yang dipanggil bot dondang sayang. kalo naik cruise or bot ni mmg selalu ada. boleh dapatkan maklumat lanjut kat sini.  Kalo nak naik bot pastu kayuh guna kaki tapi versi canggih sebab pandu sendiri boleh guna aquaretro. Aquaretro merupakan bot rekreasi yang pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga elektrik dan sistem pengendalian bot itu amat mudah dengan hanya memusingkan stering untuk menentukan arahnya. SOG memang tringin nak naik nie. tapi tak berkesempatan lagi. nnt kalo dah g SOG update k.

2. Taman Botani
Kat sini kalo nak berjalan-jalan di bawah kanopi pepohon hijau boleh..sejuk redup jer tempat dia. kalo nak berbasikal pun boleh. caj yang dikenakan murah betul. kalo nak berjalan kat jambatan kayu anatara pokok ke pokok pun boleh..macam ni ha..yg ni free jer tak der bayaran. best betul.

3. muzium alam semulajadi
Yang ni lokasi dia kat presint diplomatik. SOG tak pernah pergi lagi..tapi memang aim nak bawa fawwaz gi sini. ramai yang tak tau akan kewujudan tempat ni. cuba la pergi..nanti bagi review kat SOG yer.


Image result for muzium alam semulajadi putrajaya


Ada banyak lagi lokasi menarik..nanti SOG hapdet lagi yer.

Akukah yang bersalah? Punca sukar mengandung

Assalamualaikum

Rini SOG nak bercerita pasal anugerah Allah yang satu ni iaitu ANAK. Hampir kesemua pasangan yang mendirikan rumahtangga berhajat untuk menimang cahayamata. But, tidak kesemua dikurniakan rezeki tersebut dalam masa yang singkat. ada yang 10 tahun baru dapat merasa nikmat Allah yang satu ni.

Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" - Surah At-Talaq. Ayat 2-3
Ape yang penting USAHA dulu...SOG pun tgh usaha gak..nak tambah lagi anak-anak syurga nie..  Ada pelbagai usaha yang boleh diambil untuk menimang cahayamata. Jangan stress memikirkan perkara nie. Chillax k.. Kalo kes-kes yang tidak melibatkan perlu pembedahan, kita usahakan cara lain macam
  • Pergi mengurut - ada yang kata lepas mengurut boleh conceive dah. Alhamdulillah.
  • Kalau dah pergi banyak tempat, ramai tukang urut tapi tak berjaya, usahakan jumpa doktor. Ada yang tak boleh conceive sebab rupa-rupanya ada fibroid. Ada PCOS or ada endometriosis. Apa kebenda la pulak istilah2x nie. Teruskan membaca..nanti SOG terangkan.
  • Kalo jumpa doktor kata ada problem, tak leh conceive normally. Then cuba IVF. (IVF should be the last option).
Ada beberapa masalah kesihatan di kalangan kaum wanita yang boleh menjadi punca wanita itu susah hamil. Antara faktor-faktor penyebabnya ialah masalah ovulasi, saluran peranakan dan rahim. Ermmm..OK. DONT BLAME YOURSELF.. NOT YOUR FAULT K. Next info please.. Kalo mengikut kata Dr Natasha Nor antara faktor-faktor utama punca ketidaksuburan di kalangan wanita adalah seperti berikut:
  1. PID (Pelvic Inflammatory Disease): Ini adalah salah satu masalah utama penyebab kemandulan di serata dunia. Ianya adalah masalah penyakit kelamin berjangkit (STD – Sexually Transmitted Disease). PID mengakibatkan saluran peranakan tersumbat dan rosak. Ia juga boleh mengakibatkan risiko mendapat kandungan luar rahim (‘ectopic pregnancy’) lebih tinggi. OMG takutnya SOG..
  2. PCOS (Polycystic Ovarian Disease): Ini juga adalah masalah yang kerap di kalangan wanita moden di mana terdapat masalah hormon yang tidak seimbang di dalam badan di mana kilang telur pesakit mengidapi PCOS ini mengeluarkan hormon lelaki i.e testosterone yang berlebihan. Ini boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, darah haid yang berlebihan, obesiti, jerawat dan kesukaran untuk hamil..erk..double takut..benda-denda dalam macam nie, kiter takleh nak tau until we get married.
  3. Endometriosis: Pesakit yang mengalami endometriosis ini terjadi apabila lapisan dalam dinding rahim (‘uterine lining’) berada di luar rahim. Tiap-tiap bulan, cebisan-cebisan lapisan dinding rahim yang berada di luar rahim ini akan dirangsangkan oleh hormon di dalam badan di mana ianya akan menebal dan berdarah. Akan tetapi, lapisan dinding rahim tersebut tidak dapat mengalir keluar dari badan seperti mana dinding rahim yang normal. Oleh itu, ianya akan berkumpul dan akhirnya menjadi parut di dalam badan yang boleh merosakkan saluran peranakan dan juga kilang telur. (Apsal yg nie lagi scary nak baca)
  4. Abnormaliti pada rahim seperti septa atau fibroid.

Kalo dah jumpa doktor baru dapat kenal pasti masalahnya. Kalo dah check details tapi doktor kata memang tiada masalah untuk mengandung. itu mungkin bukan rezeki lagi. Ketentuan dari yang Esa. Redha.. apa yang patut kita buat adalah kita usahakan dengan memastikan badan sihat dan bersedia untuk conceive. Selain tu, tingkatkan tahap kesuburan kita dan pasangan.

Dari sudut sains, kajian d
ari Harvard Medical School menunjukkan bahawa pengambilan supplement dan multi minerals membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita.


Apa supplement yang diperlukan? Meh SOG terangkan dengan lebih lanjut..



Untuk wanita disarankan mengambil:
  • Vita Lea
  • BComplex
  • Vita C
  • Alfafa
  • GLA Complex

Untuk lelaki disarankan mengambil:
  • Vita Lea
  • BComplex
  • Vita C
  • Zinc Complex

Saranan suplemen nie bukan dari kajian tu tau.. Kot nanti salah faham lak. Mau kena marah si SOG nie. bagi info yang tidak tepat.

 

Macam mana supplement ni membantu untuk tingkatkan kesuburan?
 
Vita Lea ni multivitamin.Macam2 mineral ade. So die bekalkan nutrien yang kita perlukan yang mungkin kita tak dapat dengan pemakanan harian.So mane2 nutrien yg lompong (kosong) tu dia akan penuhi. jadi tubuh badan kita akan lebih sihat dan cergas.
 

Vitamin B Complex penting untuk mereka yang merancang untuk hamil sebab kaya dengan asid folik yang diperlukan. kalau dh pregnant nanti pun kene ambil di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.
 

Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel. Jadi kalau ade sel-sel rosak, dapat kita baiki dan tingkatkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan kita
 

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan seperti rahim dan alat sulit. pastuh alfafa bantu menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah. Opps bacaan org dewasa kejap.

GLA Complex pula berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur. membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Sebab tu penting utk wanita ambik. Lebih baik dari Primrose Oil.

Zink pula memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.


Kalau nak ambil untuk satu pasangan, vita lea, bcomplex dan vita C boleh share husben and wife. Then just add up Alfafa, GLA dan Zinc sahaja. Ni set premium tau. Set bajet pun ada gak. 



Apa-apa pun SOG ucapkan selamat mencuba dan semoga dikurniakan rezeki buat anda semua.

Selamat mencuba!

Berminat? Contact me okay.. melalui emel..whatapss atau apa cara sekalipun dan saya will immediately process your order. . Pos dikenakan caj sebanyak RM10.
SID 924682
Fb: norhidayah johari
Fanpage: sunofguidance.blogspot.com
Email: raudhah.aurikel@gmail.com
Phone: 012-2974491
Kawasan COD: Putrajaya

Cukupkan ambilan nutrien anak kesayangan kita

Assalamualaikum semua,

Apa khabar. harapnya sihat sejahtera..Harini SOG nak cerita sihat pasal tablet yang satu ni. Masa SOG join tablet ni dah xder. SOG ingat tablet ni hanya ada kat US jer..Akhirnya tablet ini kembali setelah hampir setahun lebih menyepi tanpa khabar berita..Rupa-rupanya Shaklee telah menghentikan penjualan vitamin ini... 

Apa kes pulak ni sampai kena berhenti production?

Jangan khuatir. Diberhentikan sebab pihak syarikat nak buat improvement kat vitamin ni. Shaklee memang gitu,selalu nak  berikan yang terbaik untuk customer dia..

So apa perbezaan yang dulu dengan yang sekarang?
" Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu ditendang sekarang ku disayang, Dulu dulu dulu ku menderita, Sekarang aku bahagia"

Eceh... tidaklah sampai ditendang..itu melebih-lebih pulak SOG ni.. banyak tau improvement Shaklee buat kali ni. cer tengok table bawah nie..nampak tak bezanya. 



 


Berpinar biji mata tengok nombor-nombor nie..SOG excuse me..simple version tak der ker?

Nak simple senang jer.. Cer tengok chart bawah nie..berapa banyak khasiat yang anak perolehi dengan pengambilan tablet vitalea nie. 

Menarik bukan?



Tak mampu SOG nak sumbat segala benda macam kat atas bagi kat Fawwaz..Apa yang SOG buat, SOG kasi tablet ni jer.. Tak der lah risau pasal nutrien harian die...Sebab dah komfem2x, dia dapat semua dalam sekali makan.. selamat dah SOG kan..
 



Kata banyak sangat vitamin dan mineral..so basically ape fungsi dan khasiat kalau ambil this tablet as suplemen untuk anak. 

Banyak actually khasiat dia. Ni antara khasiat vitalea ni.

Fungsi Vita-Lea for Children

  1. Membantu menguatkan kecerdasan minda
  2. Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
  3. Menguatkan gigi
  4. Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
  5. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  6. Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
  7. Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
  8. Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
  9. Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  10. Mencegah penyakit beguk (tiroid)
  11. Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian

Berminat? Contact me okay.. melalui emel..whatapss atau apa cara sekalipun dan saya will immediately process your order. Rege die takderlah mahal pun, RM117.66 untuk 60 biji. Harga ni tak termasuk pos yer.. Pos dikenakan caj sebanyak RM10.



SID 924682
Fb: norhidayah johari
Fanpage: sunofguidance.blogspot.com
Email: raudhah.aurikel@gmail.com
Phone: 012-2974491
Kawasan COD: Putrajaya




Ostematrix peneman sejati wanita

Assalamualaikum wbt

"Sakit lutut waktu nak solat dah tkde dah"
"Alhamdulillah, dulu sakit pinggang saya teruk. Lepas seminggu dua, dah pulih"
"Kalau dulu time pregnant, sakit belakang, sekarang lepas amik Ostematrix, dah kurang sakit"

"Gigi saya kerap berdarah la..lepas ambil suplemen ni dah kurang gusi berdarah"
"Saya dah umur 30-an. nak menyusu badan anak saya..tapi dah dapat mild osteoporosis sbb kalsium dlm badan sendiri tak mencukupi..doktor suh saya ambil kalsium yang tinggi. pilihan saya ostematrix shaklee. alhamdulillah.."

Ini adalah antara testimonial paling kerap didengar dikalangan pelanggan yang mencuba Ostematrix. Mereka berpuas hati dan terus menggunakannya. SOG juga adalah peminat tegar Ostematrix Shaklee dan telah mengambilnya sejak tahun 2013. :). 


Ostematrix nie penting untuk kesihatan tulang. Tulang yang kuat untuk susuk tubuh yang tegap..hehehehe..eceh dah macam iklan lak. Suplemen ni diformulasikan khas dengan segala macam nutrien binaan tulang yang berkualiti timggi. Kenapa nak blendkan kalsium dengan nutrien lain? Ha..nilah kelebihan ostematrix.. campuran nutrien lain tu untuk meningkatkan daya serapan kalsium dan membantu dalam membina tulang dan gigi yang sihat..
 


Kenapa SOG kekal setia dengan tablet ajaib ni? Sebab osteatrix ni bukan sekadar pil kalsium sahaja. walaupun saiznya kecil macam panadol actifast..tapi khasiatnya besar..besar.. dan besar.. tengok 1 biji jer dah macam minum segelas susu or makan 80 biji badam..erghh..SOG suka badam..takper ostematrix tambah badam =  tulang SOG kuat..no more gusi berdarah.. SOG nie kerap gusio berdarah..kalo terskip jer..tunggulah time kerja pun boleh berdarah gusi tanpa sebab..



Manfaat utama Ostematrix Shaklee:



 


Menguatkan tulang: Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat. pentig nie..esp kalo dah umur 30an

Memperbaiki kekejangan dan kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis..maukan tidur yang lena..inilah rahsianya..yippie..

Meringankan stress: Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam


Memperbaiki masalah haid: Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit seaktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh: Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

Membantu masalah penyakit ricket: Meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga: Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.

Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot: Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Manganes dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.




Nampak tak.. kan SOG dah kata khasiatnya mmg banyak.. selain untuk tulang, ianya bagus untuk mengekalkan tekanan darah yang normal (yelah dah kata meringankan stress macam kat bullet no.2 tu)..kalo yang senggugut tu pun bagus..


Siapa yang patut mengambil Ostematrix Shaklee?







  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan akan berkurang selepas itu ya..kiranya n faktor umur)
  • Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang malas mengambil susu..tak suka cheesa..yogurt..coklat etc
  • Warga tua
  • Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
  • Pesakit sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
  • Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)
  • Anda! (hehehe. Ni saje tambah..nak promote..sila abaikan point yang ini..hehehe)

Kalo nak tahu lagi, sehari orang dewasa macam SOG kena ambil 1,000mg (100% pengambilan harian) kalsium. sebiji ostematrix membekalkan 250mg kalsium daripada sumber-sumber yang halal dan mempunyai tahap kepekeatan yang tinggi dan mudah diserap. natural giteww.

Selain itu, SOG tadi dah cakap kan ada magnesium dalam setiap ostematrix nie. dalam sehari kita kena ambil 400mg untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

pastu ada lagi 400IU vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium. 

so aper lagi!!

Berminat? Contact me okay.. melalui emel..whatapss atau apa cara sekalipun dan saya will immediately process your order. Rege die takderlah mahal pun, RM64.66 untuk 120 biji. Harga ni tak termasuk pos yer.. Pos dikenakan caj sebanyak RM10.



SID 924682
Fb: norhidayah johari
Fanpage: sunofguidance.blogspot.com
Email: raudhah.aurikel@gmail.com
Phone: 012-2974491
Kawasan COD: Putrajaya













Terbaik..Tempat rekreasi sekitar Putrajaya

Hari ni nak bercerita mengenai tempat menarik yang boleh korang bawa keluarga gi jenjalan..post ni dedicated kepada orang putrajaya dan sekitarnya..yelah slalu dengar komen yang kata putrajaya nie bandar mati..credit untuk PJH yang buat semua nie.  ni tempat-tempat yang aku dah explore..banyak lagi kot tempat rekreasi yang boleh ler nak bawa anak jejalan.. post kali ni khas untuk tempat mandi manda jer tau.

 

Tempat rekreasi Putrajaya

 

1. Pantai buatan di Maritim Presint 5. Kat mana ner nie? Kalo nak pergi sini, korang drive ker pusat maritim or pullman. ada satu kawasan tanah lapang untuk korang park. Pantai die kecik jer..tapi boleh la..kalo setakat nak berkelah tepi pantai dikelilingi hutan batu aka bangunan tinggi2x..bebudak boleh ler main air yang setakat paras betis jer..safety sikit..tak der ler riso anak lemas.. pantai die berpasir putih..pijak tenggelam kaki..selalu tengok bebudak bawa beach toys..buat sand castle..hari tu bawa fawwaz..die geli geleman sikit nak pijak pasir..aduhaiii..nak kena praktis selalu nie..hehehe..Bayaran FREE jer. hehe syok jer tgk fawwaz main pasir niha..kalo datang jangan lupa bawa tikar..senang nak melabuh dan melunjurkan kaki..ala-ala feeling tepi pantai ori gitew..

2. Pusat Kejiranan Presint 9...yang nie kalo nak gi..drive ker foodcourt presint 9..dekat dengan pasar borong Darul Salam tu or klinik kesihatan presint 9 yang glamer tu. Kolam die ader yang dalam untuk budak berenang..ada yang cetek sesangat setakat basah tapak kaki..tapi ada air pancut setinggi lutut..ni rasanya untuk bebudak setahun dua ok lah untuk dorang main..yang besar suh ler masuk dalam kolam.. sebelah kolam ada playground..kalo ada yang tak nak mandi..takut air..boleh ler main kat playground..so senang nak pantau kalo sorang anak mandi..sorg main kat playground..Bayaran FREE jer..pas mandi mesti lapor kan..korang bawak jer famli korang makan kat foodcourt seberang jalan kalo nak menapak pun tak sempat nak berpeluh ketiak.. ada gambo kat sini tapi censor lak...so tak masukkan..

3. Dataran Gemilang.. haha ni pun tempat mandi yang best gak untuk bebudak dan mak budak..ala-ala sunway lagoon versi murah...versi orang miskin..xder la payung2x..patung2x..memang plain sajor..hanya tempat mandi sesajer..dah try bawa fawwaz ritu..tempat mandi ni ada belah atas ..ada belah bawah..aku bawa fawwaz mandi kat belah bawah..pastu die banyak versi kedalaman..(paling dalam pun setakat paras lutut orang dewasa yang rendang macam aku)