TIPS tingkatkan kesuburan.. Nasihat dari yang pakar..
“Doktor macam mana caranya
untuk cepat dapat anak? Mak mertua saya dah bising tanya bila dia boleh
menimang cucu. Stress betul la…” “Dah berapa lama puan kahwin?” “Sudah tiga bulan doktor..”
opps..Sabar Dik Non. 3 bulan baru lagi.. masih phase honeymooning lagi..jangan risau.. orang kata masih fasa try and error lagi tu. Usually kalo jumpa doktor pun doktor suh balik jer..Kalo dah setahun kahwin baru doktor check.
Rini SOG nak cerita sikit pasal tahap kesuburan seseorang yang bergelar wanita nie. Terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan bagi Dik Non yang sudah tidak sabar lagi untuk mendapat anak. Antaranya, SOG listkan disini (ahkak SOG dapat dari blog ni. Blog doktor fertiliti..pakar la kan) adalah:
1. Pastikan berat adalah bersesuaian dengan ketinggian anda. Pendek kata kena berat badan ideal la. Cuba kira BMI (body mass index) anda.
BMI = Berat badan (dalam unit kg)
Tinggi (dlm unit meter)2
Pastikan BMI berada dalam linkungan 19 – 24 kg/m2 kerana sekiranya terlalu kurus atau berat badan berlebihan boleh mengurangkan kesuburan anda. Kira BMI anda sekarang.
(Kalo Dik Non nak suplemen kasi terus, ahkak SOG minta Dik Non g sini)
2. Amalkan gaya hidup yang sihat.
Kedua-dua pasangan perlu mengelakkan tabiat merokok atau makan
berlebihan dan cuba bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Seeloknya berhenti terus daripada merokok.. Selain lebih sihat dapat berjimat..SOG sarankan duit beli rokok simpan masuk tabung.
3. Melakukan hubungan seks
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ini kira buat exercise jugaklah
ni. BUkan SOG kata yer. Blog doktor ni yang kata. Cubalah posisi berlainan untuk mengelakkan rasa kebosanan.. Tidak
ada bukti scientifik yang menunjukkan posisi seks tertentu yang akan
meningkatkan kadar kehamilan.
4. Perhatikan diet anda. Anda perlu
memastikan memakan makanan seimbang. Lebihkan memakan makanan yang
berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni (kuning
,oren atau merah). Pastikan juga anda memakan makanan yang mengandungi
protein dan calcium. Ok. SOG pun take note pasal dietary requirement nie.
5. Pastikan anda memakan vitamin folic
acid sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil. Folic acid boleh membantu
meningkatkan kesuburan anda dan juga kurangkan risiko kecacatan tulang
belakang bayi.
6. Ketahuilah waktu subur anda. Ini bersesuaian bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Ketahui waktu subur anda.
Untuk meningkatkan peluang untuk mengandung, pasangan digalakkan
melakukan hubungan seksual semasa waktu subur. Akan tetapi, ini mungkin
akan menyebabkan stress di kalangan pasangan yang mencuba. Oleh itu,
doktor selalu menasihatkan pasangan agar melakukan hubungan seks dua ke
tiga kali seminggu sahaja.
7. Elakkan atau kurangkan meminum kopi.
Cadangan doktor ialah untuk tukar kepada minum air teh, terutamanya
green tea yang mengandungi anti-oxidan yang elok untuk meningkatkan
kesuburan anda.
8. Sentiasalah ‘keep a bul positive mind’ dan
cuba kurangkan stress harian. Ini boleh dilakukan dengan selalu
berzikir dan berdoa kepadaNya agar dikurniakan anak yang sihat, comel
dan soleh.
9. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Persoalannya bilakah perlu berjumpa dengan doktor?
- Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke bawah bolehlah menunggu sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mencuba
- Bagi wanita yang berumur 35 -39 tahun boleh menunggu 6 bulan selepas mencuba
- Bagi wanita 40 tahun dan ke atas perlu berjumpa doktor secepat mungkin untuk nasihat selanjutnya
- Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur atau menghidapi masalah perubatan seperti endometriosis atau polycystic ovarian syndrome bolehlah berjumpa dengan doktor untuk berbincang secepat mungkin.
Sekian sahaja coletah minda SOG rini.
0 ulasan:
Catat Ulasan