Resepi Shepherd Pie

10:00 PG , 0 Komen

Salam semua,

SOG dah nak masuk mood berpose..SOG time pose rajin sikit nak masak..rajin sikit jer..tak banyak pun..slalu dapur tak berasap pun kecuali hujung minggu. rini SOG sediakan resepi Shepherd Pie. SOG suka..SOG refer kat blog abg mat gebu ..suka die..sebab senang jer resepi yang die buat tau.

 BAHAN INTI :-)
250 g daging cincang
100 g cendawan butang, hiris nipis
100 g brokoli, potong kecil
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin (SOG tak buh pun. SOG buh air jer)
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR :-)
300 g kentang
2 camca besar mentega
4 -5 camca besar susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN :-)
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan lobak merah dan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, brokoli, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
  2. UNTUK KENTANG PUTAR :- Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentang dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.SOG cairkan butter pas tu dalam mangkuk yang dah bubuh kentang lenyek dan susu. Kentang tu pulak..SOG lenyek guna mug..gulp..hehehe tak cukup peralatan kenalah kreatif guna apa yang ada jer.
  3. UNTUK SHEPHERD PIE :- Lenser bekas tahan panas dengan sedikit mentega. Isikan dengan inti 3/4 penuh. Tutup permukaannya dengan kentang putar sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasa. Hias dengan daun parsley dan hidangkan bersama sos cili, jika suka....

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: