RESEPI DONUT GEBU GEBAS

1:19 PTG , 0 Komen

Assalamualaikum,

Kan semalam SOG bagitau pasal donut tu kan..SOG ambil resepi dari qalamqudus

Die punya bahan-bahan:

Mauripan a.k.a yis. 1 sudu makan
Gula pasir 1 sudu makan
Air suam setengah cawan
Tepung gandum 2 cawan
Susu Tepung ( Suka hatilah jenama apa pun ) 2 sudu makan
Garam secukup rasa
Marjerin a.k.a Planta suhu bilik tau ( Tak kisahla jenama pape pun, janji HALAL ) 2 sudu makan

Langkah die.

1. Air suam tu campurkan dengan yis dengan gula..kacau sampai gula sebati..pastu biarkan campuran air suam+yis+gula tu sekejap sampai berbuih2x..kalo dah berbuih maknanya ysi tu dah idup..yis hidup penting tuk pastikan kegebusan donut tau.

2. Ambil bahan-bahan yang lain..masuk dalam satu bekas..pastu tuang campuran air suam+yis+ gula yang dah berbuih tu ke dalam bekas yg berisi bahan-bahan lain.

3. uli sampai sebati. sampai doh tak melekat pada bekas. kalo kering tambah air. kalo terlembik tambah tepung.

4. rehatkan selama 30 minit. pastu baru ler bentuk jadi kuih donut.

 5. bentuk tu camner? samada canaikan pastu tekap ler dgn benda bulat atau jadikan bentuk ball ker..ikut suka kekreatifan memasing.

6. boleh goreng. atau nak lagi sedap SOG biarkan lagi dalam 20 minit gitew utk donut tu kembang lagi..pergh..memang gebus...

7. makan panas-panas sedpnyer..

hehehe..selamat menambah kalori ok. kalo nak buang kalori boleh ler ambil omega guard.

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: