Ekzema

Salam Sejahtera semua,

Tajuk rini pasal ekzema..Yuppppp Fawwaz ada ekzema.. Jenuh gak umi die menjaga masa kecil..hinggakan umi die berpantang makan selama 10 bulan. Diet cuma ikan tertentu dan daging. Umi ok jer walaupun buhsan tahap tertinggi dengan menu and diet yang sedia ada. Kalo makan jer nnt Fawwaz mulalah tergaru-garu..pastu nangis..sedeih tgk..nak tido pun susah.

Ekzema ( dalam bahasa Inggeris “eczema” atau “atopic dermatitis” ) ialah sejenis masalah kulit yang menyebabkan kegatalan dan ruam merah terjadi. Selalunya ianya dikaitkan juga dengan asthma dan resdung dan lebih banyak ditemui di kalangan kanak- kanak di bandar berbanding dengan di kawasan pedalaman. Ramai yang takleh beza antara ekzema dengan kenan susu..pada parents yang kat luar tu, kalo ruam susu tu dah sebulan tak hilang, cubalah bawa jumpa doktor. Kalo ruam susu patut tak lama dah boleh hilang.

Ekzema nie akan sentiasa ada kalo dah kena la..tapi boleh kontrol daripada merebak dan muncul balik.

 Antara langkah praktikal yang boleh kita ambil untuk mengurangkan ekzema ini daripada merebak dan menjadi teruk ialah seperti berikut:


1. Potong kuku anak agar sentiasa pendek. Sekirannya kuku panjang dan tajam , apabila anak menggaru, kulit akan mudah luka dan dijangkiti kuman.

2. Mandikan dengan air biasa selama 5-10 minit sahaja. Jangan mandi menggunakan air panas, kerana air panas boleh menambah kegatalan kulit. Walaupun ramai yang mempercayai bahawa air panas boleh membunuh kuman, namun dalam kes ini, air panas akan menambah kegatalan dan memburukkan lagi keadaan ekzema.

3. Hadkan sabun pada kawasan sulit, ketiak, tangan dan kaki sahaja. Sabun secara amnya boleh mengeringkan kulit dan mengandungi banyak bahan seperti pewangi, pewarna dan sebagainya. Perkara ini boleh menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk.

4. Gunakan aqueous cream sebagai sabun. Aqueos cream ialah sejenis krim pelembap yang tidak mempunyai bahan tambahan, oleh itu sangat baik digunakan semasa mandi.

5. Selepas mandi, jangan lap sehingga betul- betul kering, semasa keadaan kulit agak lembap sedikit, sapukan emolien/ pelembap untuk mengekalkan lembapan pada kulit.

6. Ulangi sapuan emolien/ pelembap sekerap 2-3 jam sekali. Penggunaan emolien yang kerap boleh mengurangkan penggunaan krim steroid.

7. Bawalah anak-anak mandi di kolam renang (jika berkemampuan) selama 15-20 minit, 2-3 kali seminggu.Menurut Prof. Hugo Van Bever, Ketua Jabatan Pediatric Allergy, Immunology & Rheumatology Department di Singapore’s National University Hospital, kajian menunjukkan air berklorin seperti di kolam renang boleh mengurangkan kadar jangkitan kuman terhadap ekzema di badan anak-anak. Beliau mencadangkan agar pelembap disapukan sebaik sahaja habis sesi berenang bagi mengekalkan lembapan kulit.

Kredit info from mamaceria.com


Untuk langkah keselamatan, aku gunakan produk Buds Organic untuk Fawwaz. Nilah die..kalo lotion die..pergh mahal giler..tapi biler guna memang ok dengan Fawwaz. Produk ni buatan Malaysia jer..tapi bagus dan efektif lah.. 


 


Korang kalo nak beli produk ni cuba beli kat sini kat babydash try la..barang yang die jual murah kot.. bagus untuk baby eczema.. Ok tu jer..chaow dulu...nak gi lunch lak.

LOL
Sunofguidance.

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: