RAHSIA!! Khasiat Susu Ibu:

Umum dah tahu, khasiat susu ibu. Susu ibu ader hormon ibu..ada antibodi ibu..tiada sebarang susu formula yang boleh hasilkan hormon dan antibodi manusia perfectly Takkan boleh susu formula punya khasiat yang sama dengan susu ibu. Hatta pada kotak susu formula pun ada tulis, SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK BAGI BAYI.

Khasiat susu ibu adalah menyeluruh. Baik untuk semua anggota badan bayi yang baru dilahirkan. Dari bayi pramatang hingga bayi cukup bulan. Susu ibu adalah yang terbaik. Susu ibu unik untuk setiap bayi. Komposisi dan nilai susu ibu tak sama bagi setiap bayi. Hebatkan susu ibu?

Khasiat Susu Ibu, Top To Toe:

Otak Bayi yang disusukan dengan susu ibu punyai IQ yang lebih tinggi. Kandungan lemak dalam susu ibu mempengaruhi pertumbuhan saraf tisu pada otak baik. Sampai sekarang, pengeluar susu formula sibuk mempertingkatkan kandungan untuk ransang otak baik, tapi masih belum dan takkan setanding dengan susu ibu.

Mata Penglihatan bayi susu ibu adalah lebih tajam. Setajam penglihatan helang. Air susu ibu juga digunakan untuk merawat sakit mata.

Telinga Risiko jangkitan telingan sangat sedikit.

Mulut: Bayi Tak percaya, tengok gigi bayi yang disusukan dengan susu ibu. Cantik, putih dan tersusun. Gigi rosak dan berlubang juga susah nak ditemui pada anak yang menyusu badan. Aktiviti hisapan susu, menghasilkan rahang yang cantik, juga menghasilkan otot yang lebih baik. Perbezaan rasa susu ibu mengikut apa yang ibu makan akan membuatkan anak mudah dan tak cerewat terima makanan pejal.

Tekak Anak yang di dapat khasiat susu ibu akan kurang terdedah pada risiko tonsilektomi.

Sistem Pernafasan Bukti telah menunjukkan bahawa bayi yang diberi susu ibu sukar terdedah pada jangkitan pernafasan, sukar semput, kurang jangkitan paru-paru dan susah terkena influenza.

Jantung dan Sistem Peredaran Darah Anak yang disusukan dengan susu ibu akan mempunyai kolestrol yang lebih rendah apabila dewasa. Berbanding dengan bayi yang tak disusukan dengan susu ibu. Kadar degupan jantung bayi juga lebih rendah. Ini bermakna bayi susu ibu lebih tenang. Tak percaya? Lihat bayi yang disusukan ibunya, mudah sangat tertidur apabila menyusu.

Sistem Pencernaan Kurang terkena cirit birit, sukar mendapat jangkitan pada usus. Dan penyusuan eksklusif selama 6 bulan akan merendahkan kadar alergik makanan.

Sistem Imuniti Bayi yang menyusu badan akan memberi reaksi yang baik pada vaksin yang diberikan. Khasiat susu ibu membantu mematangkan sistem imuniti bayi. Juga mengurangkan risiko cancer dikalangan kanak-kanak.

Sistem Kelenjar Mengurangkan risiko terkena diabetes aatau kencing manis. Semasa kanak-kanak juga dewasa.

Buah Pinggang Kandungan susu ibu 'perfect' tiada terlebih garam, gula dan protein. Jadi buah pinggan akan berfungsi lebih baik.

Appendix Kurang masalah sakit appendix.

Saluran Kencing Kurang mendapat jangkitan. Yang boleh menyebabkan risiko penyakit lain.

Sendi dan Otot Penyakit rheumatoid arthritis (penyakit auto immune) adalah kurang dikalangan bayi susu ibu.

Kulit Masalah kulit atau ekzema sukar nak menyerang.

Pertumbuhan Anak susu ibu susah menjadi obese atau terlebih berat badan apabila besar.

Buangan Risiko sembelit sangat sedikit. Susu ibu adalah susu paling mudah dicerna. Usah bimbang jika anak (penyusuan eksklusif) tak membuang dalam tempoh 3-4 hari. Baby saya pernah seminggu tak poo poo.. bawa g klinik doktor kata xder masalah. Itu adalah biasa! kalo campur minum BF dgn FM ..or minum FM mmg kena poo poo tiap-tiap hari..Dan, bau buangan anak susu ibu juga tak terlampau berbau.

Apa lagi yang ibu ragukan? Tak pernah lagi dalam sejarah dunia susu ibu menjadi penyebab kepada penyakit. Yakinlah dengan tubuh badan sendiri. Semua wanita yang ada di dunia dicipta sempurna oleh-Nya untuk fungsi menyusukan anak. Orang barat juga semakin sedar khasiat susu ibu ini. Jadi apa yang membuatkan ibu tak mahu berikan susu ibu.

Ya, ada juga keadaaan dimana ibu tak mampu menyusukan. Jika ibu diserang penyakit kronik, atau memang memiliki payudara yang tiada kelenjar-kelenjar penyusuan.

Tahukah ibu, yang susu ibu bukan terus mencurah-curah bila bayi dilahirkan. Susu ibu mengikut konsep supply dan demand. Pada awal kelahiran kolostrum (susu awal) bersifat kuning dan pekat yang akan keluar. Inilah cairan emas yang memiliki 1001 antibodi untuk bayi. Susu matang bersifat agak cair dan berwarna putih susu akan menyusul keluar. Ini dalam tempoh tiga hari hingga seminggu selepas dilahirkan.

Jadi ibu, usah risau susu tiada. Susu pasti ada. Hanya susukan saje bayi kamu. Bukan kerna sayangkan bayi. Tapi kerna tuntutan syariah, kerna Allah. Cubalah sebaik mungkin untuk genapkan penyusuan hingga 2 tahun. Banyak sudah bantuan penyusuan di zaman ini. Dengan kelab sokongan, kelas-kelas penyusuan, informasi di hujung jari, supplement a.k.a makanan tambahan penyusuan susu ibu dan juga kawan-kawan yang telah menyusukan anak.

Kalo ibu mommies tak berjaya nak direct BF...takper jadilah EP mommy mcm saya...EP tu maknanya mak perah susu buh dalam botol susu..mak memang kena rajin pump kalo dah EP..

Ape pun.. Pasti kenangan menyusukan anak, akan menjadi kenangan yang terindah. Tak percaya, rasakan sendiri nikmatnya menyusukan anak. Khasiat susu ibu, bukan sahaja memenuhi keperluan perut bayi. Malah it's beyond that. Susu ibu juga memenuhi keperluan nurani anak-anak. Mari ramai-ramai menyusukan anak.


sumber: askdrsears dan nukilan sendiri hukhukhuk..

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: