Endometriosis

10:53 PG 0 Komen

Menurut pembacaan SOG from blog, ada banyak sebab yang menyebabkan sukar dah mengandung. Kalo yang perempuan, selalunya sebab endometriosis.

Endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Sehingga kini saintis masih belum berhasil mengenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Yelah pada pendapat SOG, macam mana nak tau..benda ni dalam badan kot..sysmptom pun tarak yang obvious untuk dikesankan. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering stress (iskh nie nak kena banyakkan makan makanan yang tinggi vitamin B), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya didapati mandul. Maknanya wanita yang ada endo ni IQ tinggi la yer...Cool fact..yang part mandul tu not cool fact.

Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-ulang. Majoriti kes-kes endometriosis gagal dikesan pada peringkat awal sehinggalah wanita tersebut berjumpa doktor atas sebab kegagalan untuk hamil. Yes absolutely right. Banyak kes ni dikesan after dah kahwin and sukar nak dapat anak (kalo tak der case gini tapi susah dapat anak cuba baca entry ni). Ini kerana kebanyakkan dari pesakit tidak mempunyai sebarang tanda dan gejala.

Berikut adalah antara beberapa tanda dan gejala (Jika ada)

  •     Nyeri luar biasa ketika haid dan semakin lama nyeri akan menjadi semakin kuat
  •     Rasa nyeri pada daerah pinggul dan sekitar tulang ekor
  •     Nyeri dibahagian atas perut
  •     Nyeri ketika berhubungan intim atau setelahnya.
  •     Nyeri ketika pergerakan usus atau membuang air ketika haid
  •     Perdarahan abnormal di antara kitaran haid
  •     Sukar hamil.
  •     Rasa mudah letih dan lelah
  •     Mual, muntah, susah buang air besar, cirit ketika haid

Kesan endometriosis terhadap kesuburan wanita

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dikesan berada di kawasan tubuh yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, saluran fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing...ok..mcm belajo biologi pulak SOG rasa. Ianya juga dikesan berada di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi perkara ini sangat jarang berlaku. Ok bacaan ni beratnya..pening kepala SOG nak hadam. Tapi nak wat camner..SOG pun wanita..kena baca juga..wahai SOG bertabahlah.

Next, walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Maknanya kalo dah time nak datang period..tisu endometrium ni pun still akan mengalami proses macam tisu dalam rahim. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid. Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Seandainya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ianya akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan saluran fallopian akan berjauhan dari ovari dan ketika berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh saluran fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku. OMG takut nyer..Berpeluh dah SOG baca nie..

Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada saluran fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.

Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran mudah berlaku. Sedihkan..kalo keguguran..walaupun boleh pujuk hati..tapi ......

Antara Wanita Yang Berisiko

  • wanita yang berada dalam lingkungan umur lewat 20-an dan 30-an 
  • wanita yang tidak pernah mempunyai anak
  • wanita yang mempunyai saudara terdekat yang ada endometriosis juga.
   
Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa kadar kehamilan selepas pembedahan untuk wanita yang mengalami endometriosis adalah setinggi 47 peratus. Kepada mereka yang mengidap endometriosis yang serius mungkin sekitar 38 peratus. Walaupun kadar kehamilan tidaklah begitu tinggi, tetapi ianya jauh lebih baik daripada kadar kehamilan tanpa sebarang rawatan pembedahan.

Pergh lega.. Ok. SOG sarankan uols g check dengan doktor kalo ada simptom macam kata atas tu tau. 

 

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: