Tips Kurangkan merokok

8:39 PG 0 Komen

Assalamualaikum,

Tengah blog walking tetiba SOG dapat jumpa blog nie ..die kasi tips camner nak kurangkan merokok..yelah ..korang pun tau kan merokok tu sangat ler berbahaya.. dahla hukumnya haram..memudaratkan lagi.. ok stop. tak pasai2x SOG membebel lak.

Blog tu kasi tips macam nie..macam mudaqh nak dipraktikkan..harap ilmu ni bermanfaat utk yang nak berenti merokok.


1. Gula-gula Hacks merah sentiasa letak dalam beg.
Setiap kali rasa nak berasap, makan gula Hacks ni cepat-cepat. Automatik tekak korang yang kononnya dahagakan asap tu, akan terbantut dek rasa ketidaksedapan gula-gula tadi. i loike this idea tau.


2. EyeMore dalam beg.
Rasa ’sangap’ nak berasap, titikkan EyeMore dalam mata. Korang akan rasa segar since si perokok ni kalau tak dapat rokok, seriously akan buat dia rasa mengantuk. Mata merah. Si perokok gelarkan perkara ni sebagai ’sangap’.



3. Beli rokok tak sedap.
Kalau korang dah hisap rokok Dunhill bertahun-tahun, korang akan rasa rokok lain tu semua rasa macam bangsat terutamanya yang lagi murah dari rokok yang biasa korang hisap. So tips ni agak susah. Apa rokok yang paling korang benci nak hisap, itulah rokok yang korang beli. Rasa gila babi punya sangap nak hisap rokok (desperados), amik rokok tadi, masuk mulut dan bakar. Automatik mental korang akan reject rasa rokok tu. Tapi sila paksa untuk hisap sampai habis. InsyaAllah korang akan ambil masa beberapa hari nak habiskan rokok tadi. Ingat, disiplin perlu ada. Jangan buang rokok tu pergi juga beli rokok yang korang suka pula. Ingat, disiplin!


4. Mak ayah korang.
Bukan semua perokok ni ada lesen besar dari mak ayah diorang untuk merokok. Siapa mak ayah yang buat tak tahu je anak hisap rokok tu, baik korang cek surat beranak. Betul ke agaknya korang tu anak diorang? Ntah-ntah bukan kot? Sebab tu dia buat bodoh je korang nak mati cepat? Untuk yang tak dapat lesen tu, setiap kali korang sembur asap tu, bayangkanlah muka diorang. Betapa kecewanya kalau dia tahu anak dia buat perkara yang dia tak suka. Ala macam iklan kat TV tu lah, “dont break my heart”. Korang kalau nengok iklan tu dan cakap “ada aku kesah”, sah la korang ni tak sayang mak bapak korang. Teruk punya anak!


5. Air meneral letak tepi.
Doktor selalu pesan banyak-banyakkan minum air kalau nak berhenti merokok. Sebabnya bila si perokok tak dapat nak berasap, dia akan rasa sentiasa dahaga. Sebenarnya bukan dahagakan air tapi lebih kepada dahagakan asap. So bila rasa macam tu, minum air meneral sampai kembung perut. Sure tak ingat rokok lagi dah. So pastikan air meneral sentiasa ada.


6. Bila melepak kat mamak.
Kalau korang ada rokok sekotak, bila nak pergi mamak jangan bawa rokok tu. Untuk si perokok, lepak mamak tanpa rokok adalah perkara paling membosankan sebenarnya. Lagi-lagi kalau nengok bola kan? Rasa nak tido je atas meja mamak tu. Hehe. So paksa diri korang supaya jangan bawak rokok tu. Kalau rasa sangap sangat dah macam nak tidur atas meja mamak tu, beli rokok sebatang kat mamak tu. Sebatang dah 70 sen. Dua batang dah 1.40. Tiga batang dah 2.10. So korang akan nampak larung gila duit keluar beli batang-batang. So korang akan habiskan 3 batang je la masa tu. Berbanding korang bawak sekotak rokok, 4 jam lepak mamak, silap-silap habis dah sekotak. Terus beli lagi sekotak yang baru.
Apa yang penting mentaliti lah. Kenalah kuat iman orang cakap. Kalau org len boleh apesal korang tak boleh?

Perkara-perkara kat atas tadi, bukan membantu korang berhenti rokok serta-merta tapi membantu mentaliti korang untuk berubah supaya tak anggap rokok tu sebagai satu keperluan lagi. Si perokok, tak payah nafikan kalau korang tak rasa rokok tu sebagai satu keperluan. Biar lapar asal berasap. Itu kan slogan korang? Hehe.

Pada si perokok yang dah kahwin, ingatlah dalam diam dan tanpa niat korang dah slow and steady membunuh anak-anak dan isteri. Yang belum kahwin, korang dah menyumbang peratusan untuk mendapat anak-anak yang cacat atau kalau bernasib baik, anak yang tak cukup bulan dan kurus macam tak sihat (anak ada macam2 penyakit sbb korang). Lebih teruk korang memandulkan diri sendiri dengan air mani yang cair dari lelaki yang tidak merokok. Kepada perokok wanita, korang juga dah merosakkan kesuburan rahim diri korang. So kalau dah nikah susah nak dapat anak atau anak lahir bukan yang macam korang impikan, jangan nak cakap itu dugaan Allah. Korang yang lebih menduga diri sendiri sebenarnya.

P/S:REMEMBER!  KENA SENTIASA DISIPLIN !!!!!
Print artikel ni n tampal kt dinding umah yg senang dilihat. 

Kot payah sangat boleh la guna benda nie..super hebat tau..

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: