Tips untuk maintain production susu

9:44 PG 0 Komen

Selamat pagi semua,

Harini SOG baca forum pasal penyusuan..jumpalah pasal satu post yang menarik pasal tips untuk maintain susu esp utk EP mom.

Apakah caranya kita nak mengekal pengeluaran susu dengan hanya mengepam. Sekali lagi rumusan daripada artikel yang SOG cedok sana sini dan SOG susun mengikut pemahaman SOG yang kurang serta dicampur tolak dengan pengalaman SOG sebagai pengepam tegar aka EP (exclusive pumping mommy). Sebagaimana yang kita tahu nursing dan pumping adalah sesuatu yang berlainan. Didalam konsep untuk membina bekalan, nursing didapati lebih mudah daripada mengepam kerana bayi secara efektifnya akan menyusukan on demand dan dengan stimulasi yang telah didapati, badan akan segera membina supply. Kita tidak perlu untuk mengingati bila waktu yang terakhir kita mengepam dan waktu-waktu yang seterusnya untuk mengepam lagi. Oleh itu bayi adalah stimulasi yang terbaik untuk menyakinkan breast untuk menghasilkan susu daripada pam.

Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu if mommies ended up with pumping:

1. Breastpump
Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. SOG petik kata forumer nie die kata  'a pump should never hurts!'

2. Ketetapan waktu mengepam
Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Kerana saya juga begitu Smile (forumer tu kata..tapikan SOG pun sama gak) oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang pertama sangat penting. Dan selepas itu bolehlah mengadjustnya mengikut fleksibiliti anda tetapi masih mengekal frekuensi pengepaman yang sama.

Sebagai contoh jadual , pada awal bulan pertama forumer ni mengepam (sepanjang tempoh 4 bulan ini), pas tu die memulakan frekuensi pengepaman hanya sebanyak 5-6 kali sehari sahaja (masa tu takde ilmu lagi) selepas itu die terus meningkatkan frekuensi sekurang 8-10 kali sehari. Die juga mengepam pada waktu tengah malam. Boleh dikatakan tanpa henti!. Apabila pengeluaran tenusu sudah stabil, die pun mula mengadjust sedikit waktu pengepaman dimana tidak lah mengepam di waktu tengah2 malam dan tidak lagi mengepam setiap 2 jam sekali tetapi selang 2.5 jam atau 3 jam.

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi
Kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam ini. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sehingan 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well!Insyallah jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU mengepam untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.

Sekian.
Back to top

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

0 ulasan: