Kutu..

4:40 PTG 1 Komen

Kutu ada bermacam kutu..

Kutu rambut aku benci..
Kutu babi..eeeeuuuuwwww

Dan bermacam jenis kutu lagi..tapi dalam banyak-banyak kutu, ada satu kutu yang best..Haha main kutu ramai-ramai dengan kawan-kawan..Bulan ni aku dapat duit kutu..yippie aku kaya..tapi jap lagi nak balik kg and beli peralatan sekolah adik-adik duit tu susut balik...tapi tak per..janji aku puas hati.. Duk sibuk dgn duit kutu aku terpanggil nak cari hukum main kutu..

ni aku dapat dari dalam web tau..kepada sekutu-sekutu kutu..hehehe..mari menambah pahala..


" Dari sudut hukum, main kutu ini adalah harus, oleh kerana wang yang disimpan adalah wang kita sendiri dan tiada sebarang penambahan yang dibuat terhadap wang tersebut.

Namun apakah faedah yang kita dapat, memandangkan tiada sebarang keuntungan/penambahan daripada bermain kutu ini. Saya melihat terdapat efek yang berbeza kepada individu di dalam permainan kutu ini. Seperti contoh di atas, individu A seolah2 berpeluang mendapat pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan), di mana dia akan mendapat dahulu RM2,400 tersebut dan akan membayarnya secara beransur-ansur. Manakala individu L, yang merupakan giliran terakhir, seolah-olah telah membuat simpanan secara tetap setiap bulan (forced saving) dan dapat mengeluarkan hasil simpanannya pada akhir tahun.

Oleh itu faedah daripada bermain kutu ini, hanyalah sesuai bagi mereka yang ’sukar’ untuk menyimpan/menabung, dan juga membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan mereka pinjaman tanpa faedah. Dan wanita hari ini juga kreatif dengan menggantikan wang tersebut dengan barangan lain seperti pinggan mangkuk, brgn elektrik dan lain-lain.

Walaupun harus hukumnya, namun perlulah ada garis panduan yang ditetapkan dalam permainan kutu ini seperti nilai yang sama, perjanjian yang jelas, dan juga bermain dengan orang yang dikenali untuk mengelakkan penipuan dan lain-lain."

For me kutu is good..i love kutu...
p/s: kutu 2011 bakal bermula dah nie..syokkkkkkk..
Regards,
SunofGuidance.

Unknown

I am a cheerful exclusive-pumping mother to M. Fawwaz Adham and also an independent Shaklee Distributor who love to guide and assist others toward a healthier and happier life... Google

1 ulasan:

F.a.d. R.o.y berkata...

apalagi.. belanja aku la...